POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH
DUA2012 :
SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM
DEE2A – JUN 2018
|
|
TAJUK :
|
KAITAN ANTARA MAKANAN
DAN KESIHATAN MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN DAN SAINS
|
NAMA PENSYARAH :
|
PN. NORAINI
BINTI NAWAWI
|
NO. MATRIK :
|
NAMA PELAJAR :
|
02DEE17F2029
|
MUHAMMAD FAHRUR ROSI BIN
CHOIRIL ANUAR
|
02DEE17F2019
|
AMIRUL AFIQ BIN MOHD
RASID
|
02DEE17F2003
|
NIK MOHAMMAD AL-HAFIZ
BIN NIK PA
|
02DEE17F1161
|
MUHAMMAD KHAIRUL AZHAR
BIN AZMI
|
02DEE17F2023
|
MUHAMMAD HARITZ
NAQIUDDIN BIN MURSHIDY
|
02DEE17F2017
|
FARIS FIDAIY BIN ISA
|
ISI
KANDUNGAN
NO
|
PERKARA
|
1.0
|
PENDAHULUAN
|
2.0
|
PEMAKANAN
DAN KESIHATAN MENURUT AL-QURAN DAN SAINS :-
|
2.1 – PEMAKANAN
2.1.1 – DEFINISI MAKANAN
2.1.2 – KONSEP HALAL DALAM ISLAM
2.1.3 – PRINSIP MAKANAN HALAL DAN HARAM
2.1.3.1
– PRINSIP PERTAMA
2.1.3.2 – PRINSIP KEDUA
2.1.3.3 – PRINSIP KETIGA
2.2 – GARIS
PANDUAN PEMAKANAN DAN KESIHATAN
2.2.1 – GARIS PANDUAN MENURUT ISLAM
2.2.2 – GARIS PANDUAN MAKANAN HALAL DI MALAYSIA
2.2.3 – SUMBER MAKANAN
2.2.3.1 – HAIWAN
2.2.3.2 – TUMBUHAN
2.2.3.3 - MINUMAN
2.2.3.4 – BAHAN SEMULAJADI
2.2.3.5 – BAHAN KIMIA
2.2.3.6 – BAHAN TAMBAH
2.3 – AMALAN
DALAM ISLAM DAN SAINS KESIHATAN
2.3.1 – BERWUDUK
2.3.2 – SOLAT
2.3.3 – BERPUASA
2.4 – PENJAGAAN KESIHATAN MENURUT
PANDANGAN PERUBATAN DAN ISLAM
|
|
3.0
|
KESIMPULAN
|
4.0
|
RUJUKAN
|
5.0
|
LAMPIRAN
|
1.0 - PENDAHULUAN
Al-Quran merupakan sumber primer yang diturunkan oleh
Allah S.W.T. Sebagai panduan bagi kehidupan manusia. Ia juga dapat dijadikan
sebagai panduan asas dalam penentuan halal haram khususnya produk makanan dan
barangan pengguna umumnya. Dewasa ini, timbul pelbagai isu makanan dalam
masyarakat Malaysia, kesan perkembangan sains dan teknologi. Di antaranya isu
melibatkan penggunaan sumber bahan mentah yang bercampur dengan gelatin, lemak,
darah, arak, anggota badan haiwan yang tidak disembelih, bangkai dan haiwan
yang diharamkan seperti khinzir. Hal ini menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan
pengguna khususnya Muslim dalam memilih produk makanan yang dapat dipastikan
kesuciannya. Malah tidak dinafikan terdapat sebilangan pengguna yang tidak
memahami dengan baik konsep makanan halal yang sebenar. Berdasarkan polemik
tersebut, kajian ini akan memfokuskan kepada konsep makanan halal haram menurut
perspektif al-Qur'an. Selain itu, penelitian juga dilakukan terhadap kriteria
makanan halal haram yang dinyatakan di dalamnya serta isu-isu semasa yang berkaitan.
Dalam membicarakan tentang makanan,
Islam sangatlah menitikberatkan isu-isu yang berkaitan dengan halal dan haram.
Di dalam al-Quran, Allah SWT telah mengecam sikap orang-orang Yahudi, Nasrani
dan Musyrik yang telah menentukan kriteria halal dan haram terhadap makanan
berdasarkan hawa nafsu semata-mata. Sebaliknya Allah SWT sentiasa menyarankan
manusia agar mengambil makanan yang halal lagi baik dan melarang mengikut jejak
langkah syaitan dalam menetapkan kehalalan sesuatu makanan. Allah SWT dengan
sifatNya al-Rahman tidak membiarkan hambaNya berada di dalam kegelapan dalam
menghadapi isu yang berkaitan dengan halal dan haram. Kesemuanya telah
dijelaskan oleh Allah SWT secara terperinci melalui al-Quran dan al-Sunnah.
2.0 – PEMAKANAN DAN KESIHATAN
MENURUT AL-QURAN DAN SAINS
Salah satu persoalan yang sentiasa dibincangkan oleh pengguna
khususnya Muslim adalah pemilihan makanan halal dan haram. Dengan perkembangan
sains dan teknologi yang berlaku, produk makanan yang dihasilkan kini lebih
bersifat segera, bervariasi dan menarik. Makanan yang disediakan hendaklah dipastikan kebersihannya, dibasuh
dengan cara yang betul dan dimasak dengan sempurna. Jangan mengendalikan masakan
makanan untuk juadah keluarga keluarga dan orang lain secara sambil lewa tanpa
mengambil kira kesan dan risikonya selepas itu.
"Sesungguhnya
Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging
babi, dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa
(memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui
batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah ia berdosa),
sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
[Surah
An-Nahl : ayat 115]
"Wahai
orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang
telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya."
[Surah Al-Baqarah : ayat 172
Selain itu, menunaikan hak terhadap tubuh badan bererti
menikmati tahap upaya yang benar -benar
baik dan selamat disegi fizikal,
mental, emosi, dan rohani secara optimum
sehingga berupaya mencapai potensi dan matlamat kehidupan yang dipandukan agama.
Mukmin yang kuat mempamerkan kekuatan agama berbanding dengan mukim yang lemah.
Rasulullah s.a.w. lagi yang bermaksud "Orang mukmin yang kuat lebih baik dan
disukai oleh Allah daripada orang mukmin yang lemah." (Hadis
Riwayat Muslim).
2.1 – PEMAKANAN
2.1.1
– DEFINISI MAKANAN.
Makanan
adalah sesuatu yang secara fizikalnya boleh dikenali samada dari segi warna,
bentuk, bau dan rasa. Dalam bahasa Arab, makanan adalah at„imah iaitu kata
jamak kepada ta„am yang bermaksud segala apa yang dimakan untuk mendapatkan
kekuatan badan. Perkataan ta„m pula bermaksud merasai sesuatu samada manis,
pahit, masam, masin dan sebagainya. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat makanan
adalah bermaksud apa sahaja yang boleh dimakan seperti roti, nasi dan
lain-lain.Menurut Mohamed b. Jusoh makanan boleh diertikan sebagai memamah atau
menguyah sesuatu benda yang bukan berbentuk cecair. Ertinya, makanan pada
kebiasaannya merupakan kepada perbuatan memakan benda yang berketul, berbiji,
berbuku yang boleh dikunyah seperti nasi, roti, buah-buahan dan sebagainya.
Manakala minum pula ialah perbuatan meneguk atau menghirup sesuatu yang cair
seperti susu, air atau madu yang tidak perlu dikunyah atau dimamah.
Kooi Ean
mendefinisikan makanan sebagai bahan yang boleh dimakan dan digunakan oleh
badan untuk melaksanakan fungsinya. Makanan mengandungi zat dan apabila dimakan
ia digunakan oleh badan untuk mengeluarkan tenaga bagi mengekalkan suhu badan,
membina dan menjaga kesempurnaan tisu badan dan untuk pembiakan dan membekal
bahan-bahan bagi melaksanakan pelbagai proses dalam badan.
Manakala
“Dorland‟s Illustrated Medical Dictionary” mentakrifkan makanan sebagai apa
sahaja yang diambil oleh badan yang membina tisu atau membekalkan badan dengan
kehangatan, pencernaan dan zat makanan. Menurut “Bender‟s Dictionary of
Nutrition and Food Technology”, makanan adalah suatu bahan yang dimakan oleh
mulut untuk memantapkan kehidupan dan pertumbuhan, membekalkan tenaga serta
memperbaiki tisu. Sementara bagi Nancy J. Peckepaugh dan Charlotte M. Poleman
pula, mereka mengatakan bahawa makanan adalah apa-apa bahan, sama ada pejal
atau cecair yang apabila diambil dicerna dan diserap akan digunakan untuk
membina dan mengekalkan tisu badan, mengawal atur proses badan serta
membekalkan tenaga.
Dalam istilah
sains, tiada perbezaan antara makanan dan minuman kerana kedua-duanya
dimasukkan di bawah proses pemakanan. Menurut Turner R.N. pemakanan ialah
kombinasi dari proses bagaimana organism mengambil, menghadap, menyerap,
mengangkut, mengguna serta mengkumuh bahan makanan tersebut untuk tujuan
pembesaran dan membaik pulih komponen di dalam badan.
2.1.2
– KONSEP HALAL DALAM ISLAM.
Perkataan “Halal”
adalah daripada kalimah Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan. Al-Quran
telah menyatakan perkataan halal sebanyak 49 kali. Oleh yang demikian
sebahagian besar penggunaan perkataan halal adalah merujuk kepada makanan umat
Islam sepeti Firman Allah yang berbunyi : “Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah
dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah kami berikan kepada kamu dan
bersyukurlah kepada Allah jika betul kamu hanya beribadat kepadanya”.
Oleh yang
demikian, majoriti ulama bersepakat mengatakan bahawa asal setiap sesuatu
perkara adalah harus atau halal selagi tiada nas yang nyata mengharamkannya.
Ternyata Islam memberi kemudahan begitu luas kepada manusia dalam mengatur
kehidupannya. Oleh itu, seseorang tidak boleh sama sekali mengatakan haram
kepada yang halal. Begitu juga, menghalalkan kepada yang haram. Allah berfirman
: “Wahai orang-orang yang beriman! Jangan kamu
haramkan sesuatu yang baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu dan
janganlah kamu melampaui batas, sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang
melampaui batas”.
2.1.3
– PRINSIP MAKANAN HALAL DAN HARAM.
Prinsip dalam
makanan halal adalah penting sebagai panduan umum dan mudah difahami terhadap
konsep asas perundangan syariah, Dr. Yusuf al-Qardhawi menggariskan 11 perkara
dalam bukunya al-Halal wa al-Haram fi al-Islam mengenai halal haram : Asal tiap
sesuatu adalah harus (mubah).
i. Penentuan
halal-haram adalah hak mutlak Allah semata.
ii.
Mengharamkan yang halal dan sebaliknya merupakan kesyirikan.
iii. Perkara
haram akan menimbulkan keburukan dan mudarat.
iv. Setiap
yang halal tidak memerlukan yang haram.
v. Perantara
menuju keharaman adalah haram.
vi. Bersiasat
terhadap yang haram adalah haram.
vii. Niat
baik tidak menghalalkan yang haram.
viii.
Jauhilah syubhah agar tidak terjatuh dalam perkara haram.
ix. Yang
haram berlaku untuk semua orang .
x. Darurat
membolehkan yang terlarang.
Terdapat tiga
prinsip untuk menentukan halal atau haramnya makanan mengikut ayat 145 dalam
surah al-An’am, ayat 157 dalam surah A’araf dan ayat 4 dalam surah al-Maidah
seperti berikut: (Zulkifli Mohamed al-Bakri 2005)
2.1.3.1 -
Prinsip Pertama :
Semua
binatang yang dianggap elok oleh orang arab semasa hidup senang, dan pada zaman
Rasullullah S.A.W Halal. Berdasarkan prinsip tersebut antara binatang yang
halal ialah:
1- Semua
jenis ikan yang hidup di dalam laut walau apapun namanya. Hal yang demikian
kerana binatang tersebut dianggap elok oleh orang arab,
2- Binatang
ternakan iaitu unta, lembu, biri-biri, kambing, seladang, kijang, arnab dan
lain-lain yang dianggap elok oleh orang arab yang kemudiannya diakui halal oleh
syarak.
2.1.3.2 -
Prinsip Kedua :
Semua
binatang buas yang mempunyai taring yang kuat untuk menangkap mangsa adalah
haram. Binatang tersebut seperti anjing, babi, serigala, beruang, kucing,
gajah, singa, harimau bintang dan seumpamanya. Manakala burung yang haram
dimakan ialah yang mempunyai kuku yang kuat dan boleh melukakan seperti burung
helang dan burung rajawali.
2.1.3.3 -
Prinsip ketiga :
Semua jenis binatang yang sunat dibunuh adalah haram
dimakan.
Binatang tersebut seperti ular, kala jengking, gagak,
tikus dan semua binatang yang memudharatkan.
2.2 – GARIS PANDUAN PEMAKANAN
DAN KESIHATAN
2.2.1
– GARIS PANDUAN MENURUT ISLAM.
Islam sebagai
agama yang diturunkan oleh Allah SWT sesuai dengan fitrah manusia yang
mengimbangkan tuntutan jasmani dan rohani telah memberikan berbagai-bagai
panduan dalam setiap aspek kehidupan termasuk dalam hal-hal yang berkaitan
dengan makanan dan pemakanan, antaranya seperti berikut:
a) Mengambil
makanan yang memberikan kesihatan iaitu dengan memilih makanan yang halal23 ini
dapat dilihat melalui firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah (2):172.
“Wahai
orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang
telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu
hanya beribadat kepadaNya”.
b) Menjauhi
makanan yang diragui sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Abdullah bin Nu‟man
b. Basyir ra.: Katanya beliau telah mendengar bahawa Rasulullah SAW
bersabda:.....“dan barang siapa yang terjatuh ke dalam perkara-perkara kesamaran jatuhlah
ia ke dalam yang haram”
c) Memilih
makanan yang baik dan segar. Pengertian makanan yang baik di sini ialah asal
zatnya, susunan komposisinya, baik cara memasak dan menghidangkannya serta
halal cara mendapatnya.
d) Menjauhi
makanan yang mengandungi bahan kimia, makanan yang diawetkan serta mengandungi
pewarna yang tinggi. Dalam kontek semasa termasuk dalam kategori ini ialah
makanan terproses, makanan dalam tin, botol, berbungkus, makanan segera dan
ringan.
e) Memilih
makanan yang bergizi tinggi iaitu makanan pembina badan dan makanan pemberi
tenaga serta makanan untuk menjauhi penyakit dan mengambil makanan yang
seimbang.
2.2.2
– GARIS PANDUAN MAKANAN HALAL DI MALAYSIA.
Di Malaysia
pihak yang memainkan peranan terbesar dalam menentukan kehalalan sesuatu
makanan, minuman dan barangan gunaan orang Islam adalah Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (JAKIM). Pihak Jakim ada menyediakan garis panduan berkaitan dengan
pemakanan berdasarkan sumber al-Quran dan pandangan ulama terhadapnya. Matlamat
garis panduan ini adalah untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada pengusaha,
usahawan Muslim dan orang awam yang merangkumi penyediaan, pemprosesan,
penyimpanan, pembungkusan, pengendalian dan pengangkutan bagi makanan, minuman
dan barang gunaan Islam.
2.2.3
– SUMBER BAHAN MAKANAN DAN MINUMAN.
Sumber utama
makanan dan minuman manusia adalah dari haiwan, tumbuh-tumbuhan, bahan
semulajadi, bahan kimia dan mikro-organisma yang mana ada di antaranya yang
dihalalkan dan ada yang diharamkan. Garis panduan tersebut adalah berdasarkan
pembahagian di bawah:
2.2.3.1 -
Haiwan
Haiwan boleh dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Haiwan
Darat dan Haiwan Air.
Semua Haiwan
Darat halal dimakan kecuali haiwan yang tidak disembelih mengikut hukum syarak,
babi, anjing, haiwan yang mempunyai taring atau gading yang digunakan untuk
membunuh iaitu haiwan-haiwan buas seperti harimau, beruang, gajah, badak sumbu,
kucing dan seumpamanya, burung yang mempunyai kuku pencakar, paruh tajam, makan
menyambar (burung pemangsa) seperti burung helang, burung hantu dan
seumpamanya. Selain daripada itu haiwan-haiwan yang disyariatkan oleh Islam
untuk dibunuh seperti tikus, kala jengking, burung gagak, lipan, ular dan
seumpamanya, haiwan yang dilarang oleh Islam membunuhnya seperti semut, lebah,
burung belatuk, burung hud-hud dan labah-labah.
Haiwan yang
dipandang jijik (keji) oleh umum seperti kutu, lalat, ulat dan seumpamanya,
haiwan yang hidup di darat dan di air (dua alam) seperti katak, buaya, penyu,
anjing laut dan seumpamanya dan semua jenis haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang
dihasilkan oleh bioteknologi DNA adalah halal kecuali yang berasal dari haiwan
yang lahir dari salah satu keturunan dari babi atau anjing juga adalah haram
dimakan.
Haiwan Air
ialah haiwan yang boleh hidup secara hakikinya di dalam air sahaja. Ianya
adalah halal dan boleh dimakan kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan
kesihatan manusia.
2.2.3.2 -
Tumbuh-tumbuhan
Semua jenis
tumbuh-tumbuhan dan hasilnya adalah halal dimakan kecuali yang berbisa,
beracun, memabukkan, membahayakan kesihatan manusia serta yang dihasilkan oleh
bioteknologi DNA yang bersumberkan dari bahan yang haram.
2.2.3.3 -
Minuman
Semua air
adalah halal diminum kecuali yang beracun, memabukkan dan membahayakan
kesihatan manusia dan bercampur dengan benda-benda najis.
2.2.3.4 -
Bahan Semulajadi
Semua bahan
semulajadi seperti air, mineral dan lain-lain adalah halal kecuali yang
bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan membahayakan kesihatan.
2.2.3.5 -
Bahan Kimia
Semua bahan
kimia adalah halal kecuali yang bercampur dengan najis, beracun, memabukkan dan
membahayakan kesihatan.
2.2.3.6 -
Bahan Tambah
Bahan Tambah
(Food Additives) seperti penstabil, pengemulsi, pewarna dan seumpamanya adalah
halal kecuali yang dihasilkan dari sumber haiwan atau tumbuh-tumbuhan yang
diharamkan oleh hukum syarak.
Secara
keseluruhan, apa yang dapat dirumuskan disini bahawa ulama telah menentukan
garis panduan makanan halal itu berdasarkan ayat-ayat yang terdapat di dalam
al-Quran. Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut juga pihak Jakim telah
memperincikan garis panduan tersebut untuk mengelakkan kesangsian masyarakat
terhadap kehalalan dan keharaman sesuatu produk itu.
2.3 – AMALAN DALAM ISLAM DAN
SAINS KESIHATAN
2.3.1
– BERWUDUK
Wuduk didefinisikan sebagai menyucikan
anggota-anggota badan tertentu dengan menggunakan air yang bersih mengikut
tatacara yang ditetapkan syariat. Allah menjelaskan di dalam surah al-Maidah
ayat 6 yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, apabila
Kami hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil) maka
berwuduklah, iaitu basuhlah muka kamu, kedua belah tangan kamu hingga ke siku,
sapu lah sebahagian daripada kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu
hingga ke buku lali. ” Selain daripada anggota-anggota wajib tersebut,
terdapat juga beberapa anggota lain yang sunat dibasuh ketika berwuduk
sepertimana yang disebut dalam hadis sahih, Humran melaporkan,
“Uthman
bin Affan meminta supaya (dibawa kepadanya) air bagi mengambil wuduk, lalu dia
pun berwuduk. (Mula-mulanya) dia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali,
kemudian dia berkumur-kumur dan menyedut air ke dalam hidung serta
menghembuskannya. Kemudian dia membasuh mukanya tiga kali, membasuh tangan
kanannya tiga kali dan tangan kirinya (seperti itu juga). Kemudian dia menyapu
sedikit daripada kepalanya diikuti dengan membasuh kaki kanannya meliputi buku
lali tiga kali dan seterusnya membasuh kaki kirinya (seperti itu juga). Selepas
itu dia (Uthman bin Affan) berkata, ‘ Aku melihat Rasulullah berwuduk seperti
wudukku ini. ’ ” Hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim ini
menceritakan dengan bagitu jelas berkenaan cara berwuduk yang sempurna
sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW.
2.3.2
– SOLAT
Solat
merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan oleh setiap manusia yang beragama Islam.
Solat juga boleh mendatangkan pelbagai kebaikan kepada diri seseorang termasuk dari
sudut kesihatan. Semasa melakukan solat, umat Islam wajib sujud dengan
meninggikan punggung dan meletakkan dahi serta kepala mereka ke bumi. Mengikut
kajian, sekiranya kedudukan ini dilakukan dari semasa ke semasa, ia memberi kebaikan
kepada kecergasan otak. Otak manusia menggunakan 25% daripada oksigen yang terdapart
dalam tubuh walaupun beratnya hanya 3% daripada keseluruhan berat badan. Sekiranya
manusia berada dalam keadaan biasa, sebahagian sel-sel otak tidak mendapat
keperluan oksigen yang diperlukan kerana jantung terpaksa mengepam darah ke
atas sekali gus melawan tekanan graviti. Dengan cara ini,otak akan semakin
cergas dan fokusnya semakin mantap. Peter Rusell dalam bukunya, The Brain Book
berpendapat, “ Otak manusia beroperasi 7% lebih cepat dan 14% lebih tepat dalam
keadaan kepala mereka di bawah (inverted). ”
Solat juga
membantu memperelok dan memantapkan sendi-sendi terutamanya bagi pesakit radang
sendi seperti osteoarthtitis. Dalam satu artikel bertajuk Chronic Pain:
Exercise Can Bring Relief di MayoClinic. com, pakar-pakar di Mayo Clinic
mengatakan senaman secara konsisten adalah penting bagi kesihatan sendi di
samping membantu mengurangkan sakit. Hal ini merupakan kesan daripada
pengeluaran hormone endorphin yang dirangsang oleh aktiviti senaman. Hormon ini
berfungsi untuk mengurangkan rasa sakit.
2.3.3
– BERPUASA
Puasa
merupakan rukun Islam yang ketiga selepas mengucapkan dua kalimah syahadah dan
solat lima waktu. Puasa yang dimaksudkan ialah puasa pada bulan Ramadhan.
Perintah ini adalah berdasarkan penjelasan Allah dalam surah al-Baqarah ayat
183 yang bermaksud, “ Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atasmu berpuasa
sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang sebelummu semoga kamu bertakwa. ”
Islam sendiri
mengakui akan peri pentingnya dan
kesihatan diri. Elakkan daripada
berdepan dengan mereka yang mengidap penyakit bertujuan
menghindarinya.Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud “Jika kalian mendengar ada wabak
ta’un di sebuah negeri, maka janganlah kalian memasuki negeri tersebut. Dan
jika ta’un itu mewabak di negeri kalian, janganlah kalian keluar dari negeri
kalian untuk menghindari penyakit itu.”
(Hadis Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Dalam erti
kata lain, Islam memerintahkan umatnya supaya berwaspada dan mengawal diri dari
tempat penyakit berjangkit menular. Apatah lagi orang yang sedang sakit itu
mendedahkan dirinya kepada masayarakat umum. Sehubungan itu, Rasulullah SAW
telah bersabda maksudnya “Tidak sepatutnya orang yang sakit mengunjungi
(bergaul dengan) orang yang sihat ”
(Hadis Riwayat Bukhari)
2.4 – PENJAGAAN KESIHATAN
MENURUT PANDANGAN PERUBATAN DAN ISLAM
Islam memandang berat soal
penjagaan kesihatan ummatnya. Islam mengajar kepada kita untuk menjaga
kesihatan dengan cara pencegahan sebelum ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah
itu lebih baik daripada berubat” sementara apabila ditimpa penyakit, maka kita
disuruh untuk mengubatinya.
Dalam
keghairahan menghasilkan produk makanan masa kini, telah menimbulkan pelbagai
isu halal-haram. Kebanyakan isu yang timbul kini adalah berkaitan dengan bahan
bersumber khinzir dan derivatifnya. Ini kerana ia mudah didapati dengan harga
yang murah berbanding bahan lain. Selain itu, penggunaan alatan moden dalam
sembelihan juga turut menjadi polemik. Walaupun kaedah yang digunakan bersifat
efisien dan ekonomik, namun aspek ihsan terhadap haiwan yang disembelih turut
perlu diambil kira. Ini kerana sekiranya sembelihan tidak patuh syariah, ia
akan menukar status haiwan tersebut kepada haram untuk dimakan dan
dimanfaatkan. Begitu juga dengan penggunaan darah dari rumah sembelihan dalam pemprosesan
makanan bebola, ia turut haram walaupun dapat mengelak pembaziran sisa rumah
sembelihan. Pengharaman ini jelas dalam al-Quran.
Justeru,
Islam sebagai satu sistem hidup yang lengkap, yang disediakan panduan dari
al-Quran dan al-Sunah selamanya relevan dalam menangani perkembangan hidup
masyarakat. Islam memandang berat soal penjagaan kesihatan ummatnya. Islam
mengajar kepada kita untuk menjaga kesihatan dengan cara pencegahan sebelum
ditimpa sebarang penyakit, “Mencegah itu lebih baik daripada berubat” sementara
apabila ditimpa penyakit, maka kita disuruh untuk mengubatinya.
Rasulullah
SAW bersabda "Tiada satu tempat yang dipenuhkan oleh anak Adam yang lebih
mencelakakan dirinya selain daripada perutnya. Memadailah untuk anak Adam itu
beberapa suap makanan untuk menegakkan tulang belakangnya (bagi menahan
kelaparan dan untuk berdiri beribadah). Jika itu tidak dapat dipertahankan,
maka hendaklah bahagikan perut kepada tiga bahagian, satu untuk makanan, satu
untuk minuman dan satu lagi kosongkan untuk bernafas." ( Riwayat
Ahmad dan Tirmizi)
3.0 - KESIMPULAN
Makanan adalah merupakan suatu keperluan fisiologi yang
mesti dipenuhi untuk kehidupan. Pengambilan makanan yang tidak seimbang atau
tabiat pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan seseorang itu berhadapan
dengan risiko pelbagai jenis penyakit. Akan tetapi perlu difahami, bahawa
makanan bukanlah merupakan faktor tunggal yang boleh menyebabkan kemudaratan
atau boleh mendatangkan penyakit. Ini kerana penyakit mungkin boleh disebabkan
oleh berbagai-bagai faktor seperti kuman, jangkitan dan tekanan emosi.
Kajian menunjukkan bahawa kadar kematian yang disebabkan
oleh penyakit kronik di kalangan masyarakat masa kini adalah berpunca daripada
kandungan makanan itu sendiri seperti kandungan lemak, gula dan garam dan
bukannya dari aditif makanan apatah lagi apabila makanan ini dimakan tanpa
kawalan.
Oleh yang demikian, seseorang itu perlu teliti dalam
hal-hal yang berkaitan dengan makanan dan pemakanan agar makanan yang diambil
tidak mendatangkan kemudaratan pada diri sama ada dari sudut fizikal, mental,
spiritual dan seterusnya terhadap pembentukan sifat-sifat mulia kemanusiaan.
Islam amat mementingkan kesihatan tubuh badan kerana dari situ terhasilnya
minda yang sihat dan buah fikiran yang bernas. Sejajar dengan itu, seseorang
itu seharusnya mengubah amalan pemakanan harian dengan hanya mengambil makanan
yang berkhasiat dan bermutu, seimbang dan sederhana dan pelbagai, mencukupi dan
mempunyai kalori yang terkawal sesuai dengan diet yang diperlukan. Bukan kerana
mengikut aliran hidup masyarakat moden atau tuntutan nafsu semata-mata.
Konsep halal
haram mengenai makanan dan minuman merupakan suatu fenomena yang telah lama
wujud bermula dari nabi Adam a.s. sehingga kepada nabi Muhammad SAW. Ianya
bersifat universal dan ditujukan kepada semua manusia tanpa mengira agama atau
batasan geografi bertujuan untuk menjamin kesejahteraan umat manusia. Bagi
orang Islam, halal merupakan arahan agama bagi mengharuskan penganutNya memakan
makanan yang dibenarkan oleh Allah SWT dengan batasanbatasan tertentu. Ini
kerana dalam ajaran Islam makanan bukan sahaja mesti halal, tetapi mestilah
tayyiban yang merupakan ciri-ciri utama dalam pemilihan makanan.
Mengamalkan
prinsip halalan tayyiban dalam hal-hal yang berkaitan dengan makanan dan pemakanan
adalah merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu
Muslim. Ini adalah kerana ia merupakan perintah dari Allah SWT yang antara lain
tujuannya ialah untuk mengekalkan kesempurnaan kejadian manusia. Pengkajian
yang berhubung dengan hukum pengambilan makanan segera adalah merupakan
pengalaman yang amat berharga dalam mencungkil khazanah ilmu-ilmu Islam.
Sehubungan dengan itu, setiap saranan yang 238 dikemukan ini dapat dijadikan
sebagai pedoman dalam menangani isu-isu yang berkaitan hukum pengambilan
makanan segera dan mudah-mudahan ianya dapat di realisasikan dalam kehidupan.
Antara saranan-saranan yang penting adalah;
a)
Mewujudkan Akta Halal khusus terhadap hal-hal yang
berkaitan dengan makanan bagi menjamin kepentingan pengguna terutamanya yang
beragama Islam. Dengan wujudnya undang-undang yang khusus mengenai makanan dan
produk halal dengan sendirinya bidang kuasa yang dikatakan sangat terhad pada
masa kini akan dapat ditingkatkan.
b)
Melantik badan-badan Islam di luar negara sebagai wakil
negara bagi memastikan produk makanan khususnya makanan segera yang diimport ke
nagara ini terjamin status halal haram nya.
c)
Menggunakan media massa bagi meningkatkan ilmu mengenai
kesihatan dan amalan pemakanan, terutamanya amalan pengambilan makanan segera
dengan memberikan maklumat berhubung dengan keburukan dan kebaikan amalan
pengambilan makanan segera. Menerangkan cara-cara pemilihan makanan segera yang
sihat, di samping menerbitkan buku, majalah, risalah dan rencana yang berkaitan
dengannya.
Selain itu,
AGENSI-AGENSI KERAJAAN harus dipertanggungjawabkan dalam hal-hal yang berkaitan
dengan pengurusan, pemantauan, penguatkuasaan dan kawalan makanan seperti
JAKIM, HDC, MAIN, JAIN, KKM,
mengesyorkan:
a)
Mengemas kini kaedah pemantauan dan penguatkuasaan
berhubung dengan sijil dan produk halal, melibatkan pegawai di pelbagai jabatan
dalam usaha memantau sebarang penyelewengan dan pemalsuan produk atau logo
halal yang dikeluarkan
Akhir sekali,
sebagai PENGGUNA, mereka seharusnya peka dengan perkembangan teknologi
pemakanan. Kefahaman terhadap perkembangan tersebut akan dapat membantu pengguna
dalam memilih makanan segera yang betul bagi menghindarkan diri dan keluarga
daripada kemudaratan.
4.0 - RUJUKAN
SUMBER :
-
BUKU :-
1)
Dr.Saadan Man & Zainal Abidin Yahya : 19 Nov 2013 :
Halalkah Makanan Kita? : Dolomite Business Park, 68100 Batu Caves, Selangor :
PTS Media Group
-
LAMAN WEB
5.0 - LAMPIRAN
No comments:
Post a Comment